>

Atmosphere Drive

Atmosphere Drive
Atmosphere Drive

ATMOSPHERE DRIVE: “Kebersihan dari Dalam” – Sistem Rawatan Udara Kereta ATMOSPHERE DRIVE – peranti penurasan baru yang unik untuk membantu membekalkan udara yang lebih bersih di dalam kereta di serata dunia.

Sistem Rawatan Udara Kereta ATMOSPHERE DRIVE ialah sistem penulenan udara dalam kenderaan pasang sendiri yang memanfaatkan teknologi penurasan Penulen Udara ATMOSPHERE yang telah terbukti untuk memberikan kualiti udara yang lebih baik di dalam kereta anda. Dengan kadar penyingkiran bahan cemar sebanyak 99% (PM2.5) dan prestasi yang tiada tandingan, Sistem Rawatan Udara Kereta ATMOSPHERE DRIVE adalah yang pertama seumpamanya menerima Allergy UK Seal Of Approval. Sistem kami mengekalkan prestasi unggul dari segi Kadar Penghantaran Udara Bersih – CADR 30m3/j.

Atmosphere Drive™ ialah produk rawatan udara kereta nombor satu di dunia dari segi jualan. *k
* Berdasarkan kajian Verify Markets bagi hasil jualan global 2018.

Atmosphere Drive
Atmosphere Drive

Ciri-ciri:

  • Gabungan penuras (3 dalam 1) – Terdiri daripada Prapenuras, penuras karbon dengan span dan penuras partikel fabrik.
  • CADR 30 – Aliran udara yang cekap, menawarkan prestasi unggul dari segi Kadar Penghantaran Udara Bersih.
  • Kelajuan Kipas Boleh Laras - Rendah, Tinggi dan Auto
  • Aras Hingar – Tidak melebihi 55dBa
  • Pengecaman frekuensi radio (RFID) – Tetapan penuras automatik dan mencegah pemalsuan
  • Tali – Tali pengikat Velcro disertakan untuk mengikat
  • Wayar 4M – Untuk kefleksibelan dan pengurusan wayar
  • 3 liang input – 1 liang output besar di depan. Menunjukkan aliran udara ketara.
  • Bacaan sensor zarah – Pemantauan kualiti udara waktu nyata.
  • Penulen udara kereta yang pertama dan satu-satunya menerima Allergy UK Seal of Approval.
Financing Rates
Base Rate (BR) (Individual) 2.27% p.a. with effect from 10 July 2020
Base Financing Rate (BFR) (Non-Individual) 5.47% p.a. with effect from 10 July 2020

Pautan Berkaitan